Friday, November 23, 2012

A Blouse For My Sweetheart

As salam... santek x.... ni WIP dri 3 ari lepas.. hopefully dpt seapkan ari ni... habiskan benang yg ada.. hopefully ckup n muat la utk amani....

Sunday, November 11, 2012

Double Layered Hat Combo

As salam... lma x update... amacam ok x set ni... ni special request dr jiran b4 kmi blik smnjung ari tu... Alhamdulillah sempat baby rara pkai utk fly blik sarawak... Enjoy the pic... next kita kongsi idea nk wat ok...

Friday, May 25, 2012

Nilaikan Barangan Kraf Anda

As salam... ツ

Pembuka bicara kita hari ini dan buat pertama kalinya adalah berkenaan harga. Nilaikan barangan kraf atau hasil kerja tangan anda dengan sepatutnya. Di sini saya sertaan tips untuk meletakkan harga bagi semua barangan hasil kraf. Ianya adalah subjektif dan boleh diguna pakai untuk semua jenis barangan.

Sumber Asal : About.com [ How to succesfully Price Your Crafts ]

Walaupun bukan sebiji sama macam artikel tu tapi masih mengambil unsur2 utama dalam pengiraannya... ツ
Dah sedia nak memeningkan kepala ? Jom redah...

Pertama :
Harga bahan mentah/kos bahan mentah
- ini merupakan faktor terpenting dalam menentukan harga bagi sesuatu barangan

Contoh :
Barangan : Topi kait (Crocheted Hat)
Bahan Mentah : Benang Kait (RM2.00/buku), Butang(RM0.10/biji)

Proses :
Kes 1
Untuk menyiapkan sebiji topi memerlukan 2 buku benang dan 2 biji butang
Maka:
Benang = RM2.00 x 2buku = RM4.00
Butang = RM0.10 x 2 biji    = RM0.20

Kos Bahan Mentah : RM4.20

Kes 2

Untuk menyiapkan sebiji topi memerlukan 1/2 buku benang dan 2 biji butang.
hanya bahan yang di gunakan di kira sebagai kos bahan.
Maka:
Benang = RM2.00/2    = RM1.00
Butang = RM0.10 x 2 biji    = RM0.20

Kos Bahan Mentah : RM1.20


Faham?? Klu paham kite ke langkah seterusnya..

Kedua :
Harga Upah
- Faktor kedua terpenting yang sering di pandang remeh
-Sentiasa pastikan berapa lama masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu barangan.
-Kebiasaannya kita akan membuat kerja-kerja ini ketika masa terluang tanpa mengambil kira waktu bermula dan berakhirnya proses membuat barangan tersebut.

Kes 1
Sekiranya anda bekerja sendirian ianya adalah lebih mudah.
Catatkan masa bermula sepanjang tempoh menyiapkan barangan tersebut.
Tetapkan harga bg masa yang di gunakan.

Contohnya :
Harga : RM2/15 minit
Masa :
10.00 am : mula mengait/menjahit/sebagainya
10.30 am : berhenti untuk minum pagi
10.45 am : sambung mengait/menjahit/sebagainya
11.15 am : barang siap

maka masa di gunakan untuk menyiapkan projek adalah:
10.00 hingga 10.30 = 30 minit
10.45 hingga 11.15 = 30 minit
jumlah keseluruhan adala 60 minit.
masa dari 10.30 hingga 10.45 tidak d kira kerana tidak melakukan proses untuk menyiapkan barangan.

Harga Upah =
60 minit / 15minit = 4blok
RM2.00x 4 = RM8.00

Faham? JOm ke langkah seterusnya.

Ketiga :
Kos pembungkusan dan penghantaran
Kebiasaannya kita selalu meletakkan kos ini secara berasingan. Contohnya kenyataan selalu di berikan begini "harga topi berkait RM 18 (tidak termasuk kos penghantaran)"

Pada pendapat saya ia tidak mempunyai masalah. Tetapi kita selalu lupa tentang kos pembungkusan. Ia merupakan sebahagian dari kos bahan mentah juga... :)

Ke empat :

Faktor paling utama yang jarang di lakukan oleh crafter. Menggandakan harga barangan tersebut berdasarkan kos bahan mentah+kos upah.

Sekiranya harga kos bahan mentah +kos upah = RM 4.20 + RM8.00 = RM12.20
Maka harga jualan adalah : RM12.20x2 = RM24.20.

Bandingkan harga ini dengan harga semasa bagi barangan yang sama oleh pengeluar yang lain. Sekiranya jauh berbeza kita perlu ubah pada harga kos upah. Mungkin di turunkan atau di naikkan.

"If you want to sell your crafts and make a profit, you have to set reasonable prices. Carefully consider what your actual costs are, or you'll quickly put yourself out of business."



Wednesday, May 23, 2012

Rumah Baru Saya

as salam ツ
selamat datang ke rumah baru saya. Sebelum ni saya tinggal di sini
Di sebabkan malas nk repost n syang nak delete... boley jer kite link 2 2 blog kan... hehe...
pakai 1 akaun lagi senang...
nway welcome... :)